Kak KM kongsi video anak cium ketiak, tapi netizen komen rumah berselerak!

6 Jul 2023 • 11:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tindakan usahawan sensasi, Kak KM memuat naik sebuah video memaparkan telatah anak bongsunya Cinta Carissa mencuri tumpuan pengikut di laman Instagram baru-baru ini.

Menerusi rakaman tersebut, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menunjukkan tabiat anak perempuannya berusia dua tahun itu yang gemar mencium ketiaknya.

“Semua anak saya perangai macam ni (tabiat mencium ketiak),” tulis usahawan jamu yang juga anak kepada dramatis, Normah Damanhuri itu.

Namun begitu, segelintir netizen lebih tertumpu kepada tahap kebersihan dan persekitaran Kak KM kerana barangan dalam kediaman berkenaan dikatakan agak berselerakan serta tidak tersusun rapi.

Terus tak selera nak makan jamu?

image is not available

Serius la macam ni keadaan rumah?

image is not available

Bagaimanapun, rata-rata golongan ibu terhibur melihat gelagat Cinta Carissa sekali gus menyifatkan kemungkinan Kak KM gemar mencium ketiak suaminya ketika menghamilkan kanak-kanak tersebut.

Kelakar tengok Cinta ni

image is not available

Mesti wangi ketiak mama!

image is not available

Masa hamil dulu, Kak KM suka bau ketiak suami kot?

image is not available

Untuk rekod, Kak KM berkahwin dengan Razman Ramli pada 22 Disember dan empat cahaya mata iaitu Nabila Razman, 20, Fariz Razman, 16, Rania Razman, 13, dan Cinta Carissa, 2.

Sumber: Instagram Liana Rosli