Anak Kak KM nafi gagal latihan pramugari, letak jawatan demi keluarga tercinta

LocalFamily & Parenting
23 Jul 2025 • 1:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak kepada usahawan dan personaliti media sosial, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, tampil menjelaskan keputusannya berhenti kerja sebagai pramugari selepas dikritik netizen di media sosial.

Menerusi hantaran di Instagram, anaknya, Nabila Razman atau Bella berkata keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan keadaan keluarga yang memerlukan kehadirannya di rumah, selain faktor peribadi.

“Saya letak jawatan kerana keluarga saya memerlukan saya di rumah, dan sejujurnya saya juga begitu,” katanya yang mengakui itu merupakan pengalaman pekerjaan pertamanya.

image is not available

Anak Kak KM nafi gagal latihan pramugari

Terdahulu, Bella dikritik segelintir pengguna media sosial yang mempersoalkan kesahihan kerjayanya sebagai pramugari selepas video pengakuannya tular baru-baru ini. Malah, ada yang menuntut bukti gambar dirinya berpakaian seragam pramugari sebagai pengesahan.

Bagaimanapun, Bella menjelaskan bahawa dia terikat dengan perjanjian dan polisi syarikat yang tidak membenarkan kakitangan berkongsi sebarang gambar atau kandungan berkaitan tugasan di media sosial.

image is not available

“Ada yang cakap, ‘post gambar pakai uniform dulu.’ Boleh saja, tapi siapa nak bayar saman saya nanti?”

“Saya dah tandatangan perjanjian. Bukan boleh suka-suka langgar syarat syarikat,” ujarnya.

image is not available

Tambah Bella, sepanjang tempoh bekerja sebagai pramugari, dia langsung tidak berkongsi sebarang perkembangan atau kandungan berkaitan kerjanya di mana-mana platform media sosial, selaras dengan garis panduan yang ditetapkan majikannya.

Sebelum ini, Kak KM pernah berkongsi bahawa anaknya menjalani latihan selama empat bulan sebelum memulakan tugas sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan berpangkalan di Singapura.

image is not available

Bella dalam kenyataannya turut menzahirkan rasa kesal terhadap pihak yang menyebarkan tuduhan dan fitnah terhadapnya serta menyatakan tidak akan memaafkan mereka yang mempersoalkan integritinya secara melampau.

“Alhamdulillah, pahala percuma. Saya tidak akan maafkan sesiapa yang fitnah saya sampai bila-bila,” katanya.

Sumber: IG nabilamalu

View Original Article