“Anak kamu di tangan aku” – Taktik Baru Scammer, Hantar Mesej Orang Tersayang Diculik & Minta Tebusan

Entertainment
27 Jun 2023 • 6:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau dulu kita sering dengar pelbagai taktik penipuan scammer yang menyamar menjadi pegawai polis, pegawai LHDN dan sebagainya, kali ini scammer dilihat semakin berani apabila cuba membuat penipuan menculik.

Seorang pengguna Twitter berkongsi modus operandi scammer yang menyasarkan ibu bapa sebagai sasaran mereka untuk mendapatkan wang.

Menurutnya, scammer membuat panggilan telefon kepada ibunya memaklumkan dirinya telah diculik dan meminta sejumlah wang tebusan.

image is not available

“Scam taktik baru, mak saya dapat panggilan dari scammer bagi tahu diorang culik saya dan mintak duit tebusan.

“Siap ada perempuan jerit kat belakang (sound effect). Mereka biasanya sasarkan ibu bapa yang ada anak bersekolah,” tulisnya.

Ada yang ugut bunuh

Seorang lagi pengguna Twitter turut berkongsi hampir menjadi mangsa penipuan scammer apabila ibunya menerima mesej WhatsApp berbaur ugutan bunuh.

Malah, scammer itu juga dilihat turut menghantar foto memaparkan seorang individu sedang diikat dan diacukan senjata seolah-olah individu tersebut adalah anaknya yang telah diculik.

image is not available

Walaupun ramai yang geli hati melihat penipuan scammer ini, namun orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan taktik mereka.

Terdahulu, polis melaporkan sebanyak empat laporan berkaitan sindiket penipuan culik murid sekolah yang meminta wang tebusan di sekitar Lembah Klang setakat Jun ini.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.