Anak kantoi ada kekasih gelap, Ibu Aliff Aziz sudah ‘deactivate’ IG?

Entertainment
22 Apr 2024 • 11:27 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tidak dapat dinafikan, ramai yang terkejut dengan pendedahan seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine yang didakwa mempunyai hubungan bersama penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz.

Rentetan pendedahan tersebut, netizen mahu mengetahui pandangan ibu Aliff Aziz iaitu Fiza Aziz yang sering mempertahankan anaknya sebelum ini.

Bagaimanapun, hasil carian Oh My Media mendapati Instagram milik Fiza Aziz atau nama sebenarnya Siti Hafizah Sheikh Mohamad sudah tidak lagi aktif.

Ibu Aliff

image is not available

image is not available image is not available image is not available

Hari ini, kecoh di media sosial apabila Sarah mengaku jalin cinta dengan Aliff Aziz sejak Januari 2024 telah mengejutkan ramai.

Bukan itu sahaja, dia turut mendedahkan kronologi hubungannya bersama penyanyi tersebut dengan tujuan menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

Dalam perkongsian itu juga, dia turut selitkan video mesra bersama Aliff yang memaparkan aksi memeluk tangan dan mencium pipi.

Ibu Aliff

image is not available

image is not available

Jelasnya, dia mula rapat dengan Aliff Aziz apabila penyanyi tersebut sering mengadu masalah rumah tangga yang dialaminya sehingga membuatkan rasa sayang antara mereka.

Terdahulu, Aliff Aziz dilaporkan ditangkap khalwat bersama Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

image is not available

Sumber: Instagram @Fizaaziz