Anak Kedua Asyik Kena Mengalah, Hantaran Fasha Sandha Tentang Konflik Keluarga Curi Tumpuan - “Pernah Tak Adik Beradik Sendiri Mungkiri Janji?”

29 Oct 2026 • 10:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Anak Kedua Asyik Kena Mengalah, Hantaran Fasha Sandha Tentang Konflik Keluarga Curi Tumpuan - “Pernah Tak Adik Beradik Sendiri Mungkiri Janji?”

Pelakon, Fasha Sandha mencuri perhatian selepas berkongsi hantaran mengenai konflik hubungan adik-beradik yang mencetus tanda tanya ramai.Menerusi perkongsian di Instagram Story, Fasha menyentuh tentang janji antara ahli keluarga serta sikap adik-beradik yang perlu saling memahami.Malah, dia turut berseloroh mengenai anak kedua yang sering perlu mengalah dalam keluarga.“Keluarga adalah segalanya. Kalau janji kena tepati kan? Pernah tak adik-beradik sendiri mungkiri janji-janji atau janji manismu atau janji-janji dicapati?“Kalau nak merajuk adik-beradik ok ke. Tau anak kedua ini asyik kena mengalah sahaja? Siapa anak kedua? Anak kedua memang anak terbaik sebab penyabar orangnya kan,” tulisnya.Meskipun hantaran tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan adiknya, aktres, Elisya Sandha, Fasha bagaimanapun tidak menyebut nama sesiapa dalam hantaran tersebut.Terdahulu, Elisya berkongsi luahan mengenai hubungan adik-beradik yang dipercayai melibatkan dirinya dan kakaknya.Menerusi hantaran di Threads, Elisya meluahkan ketidakpuasan hatinya sebagai seorang adik yang merasakan dirinya sering perlu mengalah.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved