Anak kedua berlepas ke Universiti Oxford, Dr Sheikh Muszaphar luah rasa sayu. 'Terbanglah setinggi-tingginya menuju kecemerlangan'

LocalFamily & Parenting
15 Dec 2025 • 9:50 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

ANGKASAWAN Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha memuat naik perkongsian mengenai anak keduanya Sophea Natasha, 12, berlepas ke  universiti terkemuka dunia, Universiti Oxford, United Kingdom bagi menyertai program kepimpinan selama seminggu.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Dr Sheikh Muszaphar memuat naik video dan perkongsian menyentuh hati selepas beliau baru sahaja tiba dari Sukan SEA Thailand selaku pengurus skuad taekwondo negara sebelum bergegas ke Pintu C22 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut beliau, meskipun masa yang ada sangat singkat, pertemuan ringkas bersama anaknya di lapangan terbang sudah cukup bermakna buat dirinya sebagai seorang bapa.

image is not available

“Hari ini Tasha berlepas ke Universiti Oxford, United Kingdom untuk menyertai program kepimpinan selama seminggu.

“Syukur, sempat juga berjumpa di lapangan terbang,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, Dr Sheikh Muszaphar turut menitipkan doa dan harapan agar pengalaman di universiti terkemuka dunia itu mampu menjadi inspirasi buat anaknya untuk terus memasang impian yang tinggi.

Artikel berkaitan

Bagaimanapun, di sebalik kata-kata semangat itu, Dr Sheikh Muszaphar mengakui hatinya tetap dilanda rasa sayu apabila terpaksa melepaskan anaknya pergi jauh.

“PS: Rasa sebak pula melepaskannya,” luah beliau.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai yang turut menitipkan doa serta kata-kata sokongan buat Sophea Natasha agar terus cemerlang dan berjaya pada masa hadapan.