'Another daughter to be proud of' - Adik Amira Othman tamat pengajian perubatan pergigian, Dr Nurin Kamilia buat warganet terpesona!

LocalHealth & Fitness
28 Nov 2025 • 4:24 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

BEAUTY with brain, adik kepada penyanyi Amira Othman, Dr Nurin Kamilia Othman menjadi perhatian warganet selepas menamatkan pengajian Sarjana Muda Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Momen bahagia itu dikongsikan ibu Amira, Norahayati Arshad menerusi aplikasi Threads. 

Memuat naik foto konvokesyen dan pra konvokesyen Dr Nurin, ibu kepada enam cahaya mata itu menzahirkan rasa syukur dan bangga.

"Alhamdulilah. Another daughter to be proud of. Congrats Dr Nurin Kamilia.  

Turut dikongsikan foto Dr Nurin bersama bapa, Othman Abd Kadir, dua abangnya, Irfan Haris dan Sadiq Azizi.

Warganet mengucapkan tahniah dan Dr Nurin atas kejayaan menamatkan pengajian di samping memuji kecantikannya seiring intelek.

image is not available

Terdahulu, adik bongsu Amira itu pernah mendedahkan keputusan untuk mendalami bidang tersebut didorong bapa.

"Mengapa bidang pergigian? Pertama sekali, ayah saya sebenarnya meminta saya untuk mempertimbangkan perubatan, tetapi saya perlu mengatakan tidak kerana tidak berfikir idea mempraktikkan bidang perubatan seumur hidup tidak sesuai dengan gaya hidup yang saya mahu pada masa hadapan. 

image is not available

"Tetapi saya masih mahu memenuhi permintaannya dan berbincang dengan abah. Saya bertanya kepadanya jika pergigian lebih baik dan abah bersetuju.

"Selain itu sebenarnya, walaupun menyukai sains, saya juga benar-benar menikmati seni semasa kecil. 

"Oleh itu, bidang perubatan adalah gabungan yang sempurna antara kedua-dua kecenderungan ini," kongsinya menerusi TikTok Lepas Sekolah.

Sekadar info, Amira memiliki seorang kakak, Izzati Maria dan tiga adik lelaki Sadiq Azizi, Haiqal Iskandar dan Irfan Haris serta seorang adik perempuan, Dr Nurin Kamilia.

Sumber: Threads , TikTok