Anak Kena Kad Merah, Ayah Pulak Yang Naik Angin?

9 Jul 2024 • 8:45 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar TikTok

Berang anaknya dilayangkan kad merah dalam satu perlawanan bola sepak, seorang lelaki bertindak mengambil sebatang besi yang berada di tepi padang untuk memukul pengadil.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tidak dapat dipastikan bilakah insiden ini berlaku.

Tindakan lelaki itu bagaimanapun berjaya dihalang oleh anggota RELA yang bertugas di situ yang kemudian merampas batang besi tersebut. – Getaran, 9 Julai, 2024

@getaranmy Dalam video yang kini tular, kelihatan seorang lelaki bertindak mengambil batang besi dalam keadaan marah kerana tidak puas hati dengan keputusan pengadil yang melayangkan kad merah kepada anaknya dalam satu perlawanan bola sepak. Kejadian berlaku di sebuah sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Video: ronramka #getaranmy #viral ♬ original sound - Getaran