Anak dapat kad merah, bapa datang bawa batang besi nak ‘hempuk’ pengadil

9 Jul 2024 • 3:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Seorang bapa dipercayai membawa sebatang besi panjang bertujuan mahu memukul pengadil dalam satu perlawanan bola sepak setelah anak dapat kad merah.

Tunjuk lagak panas baran

Perkongsian video yang dimuat naik pengguna X dikenali sebagai RonKemar telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing berang melihat gelagat panas baran lelaki terbabit.

image is not available

Anak dapat kad merah, bapa nak hempuk pengadil pula

Lelaki yang berada di tepi padang tersebut telah mengambil sebatang besi yang kebetulan berada di sekitar situ sebelum meluru ke arah padang untuk menemui pengadil perlawanan.

Mujur kehadiran anggota Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas di sekitar padang telah menghalang lelaki itu daripada menghampiri lokasi perlawanan dan menenangkannya supaya tidak meneruskan amarah tersebut.

image is not available

Sebab anak dapat kad merah bapa tiba2 mengamuk pula

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata geram melihat aksi ‘tunjuk bagus’ bapa kepada pemain bola sepak berkenaan.

Mereka juga merasakan mentaliti seperti ini suatu saat nanti boleh memusnahkan bola sepak Tanah Air kerana wujudnya individu-individu yang tidak dapat menerima sebarang keputusan dalam perlawanan dengan hati terbuka.

image is not available

Cerita Anakku Sazali bukan sekadar filem

image is not available

Patutla anak kena kad merah, bapa pun 2×5

image is not available

Baik bawa anak tu main guli je

image is not available

Walau bagaimanapun, belum ada sebarang penjelasan daripada mana-mana pihak berhubung perkara berkenaan.

Lokasi dan waktu kejadian juga tidak dinyatakan secara lengkap oleh pengguna X dan hanya berkongsi momen tersebut sebagai satu bentuk kritikan kepada pihak ibu bapa yang cuba merosakkan bola sepak negara dengan memainkan sentimen keganasan.

Sumber: X RonKemar