
Tuaran: Anak Ketua Menteri Sabah, Mohd Reza Hajiji menafikan dirinya ditahan apabila dinyatakan terlibat dalam kegiatan kartel dadah terbesar di negeri ini melalui laman sosial, pada Ahad.
Susulan kenyataan yang didakwa fitnah itu, beliau tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran mengemukakan laporan berhubung ter maklumat yang mengaitkan dirinya terlibat kegiatan dadah berkenaan.
Dalam laporan terbabit, Mohd Reza menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya adalah antara sepuluh individu diketuai Uppik yang diserbu dan ditangkap pada 25 Disember lalu.
Beliau berkata, tuduhan dan fitnah yang tersebar menerusi aplikasi Whatsapp mengaitkan beliau dengan kegiatan itu tidak benar dan hanya bertujuan menjejaskan reputasi dirinya.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more “Semua dakwaan terhadap saya yang mengaitkan dengan kegiatan dadah adalah tidak berasas serta menjejaskan reputasi dan nama baik diri serta keluarga,” katanya dalam laporan.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis serta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) mengesan dalang atau individu yang menjadi punca menyebarkan tuduhan palsu.
Sejak petang Ahad, satu rantaian mesej atau kenyataan bersama gambar Reza mendakwa anak sulung Ketua Menteri Sabah itu turut dikatakan terlibat dalam kartel dadah di Sabah.
Malahan, ia turut mengaitkan Reza adalah antara sepuluh individu diketuai Uppik yang diserbu dan ditangkap pada 25 Disember lalu.
Pada 25 Disember lepas, ketua sindiket dadah bergelar “Datuk” antara 10 lelaki ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini yang dipercayai terlibat secara aktif dalam kegiatan pengedaran dadah jenis syabu sejak 2015.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


