Anak Ketua Polis Lahad Datu Maut Tertembak Diri Sendiri Guna Pistol Bapa

17 Apr 2024 • 11:49 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Takzaiah buat keluarga mangsa

Anak Ketua Polis Lahad Datu Maut Tertembak Diri Sendiri Guna Pistol Bapa. Anak perempuan seorang ketua polis daerah Lahad Datu, maut dipercayai tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya di rumah mereka di Lahad Datu semalam.

Mangsa berusia 14 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik dalam rumahnya, pada jam 12.42 tengah hari.

image is not available
Anak Ketua Polis Lahad Datu Maut Tertembak Diri Sendiri Guna Pistol Bapa. Sumber: Berita Harian

Difahamkan, ketika kejadian bapa mangsa sedang bertugas di pejabatnya.

Pistol miliknya dikatakan, tertinggal di rumah dan mangsa dipercayai memegang senjata api itu sebelum secara tidak sengaja tertembak dirinya sendiri.

Ketika ini jenazah masih berada di Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kamis, esok pagi selepas urusan bedah siasat selesai.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved