Kematian anak KPD Lahad Datu akibat satu das tembakan di dada

17 Apr 2024 • 8:52 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

LAHAD DATU: Punca kematian anak perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu Dzulbaharin Ismail berusia 14 tahun yang ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dalam bilik di rumahnya di Taman Tabanak di sini semalam adalah disebabkan tembakan di bahagian dada kanan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah DCP Datuk Shahurinain Jais ketika dihubungi Bernama berkata bedah siasat yang dijalankan di Hospital Lahad Datu hari ini mendapati hanya ada satu kesan tembakan pada tubuh mangsa.

Beliau berkata polis telah memanggil tiga saksi untuk diambil keterangan dan merampas sepucuk pistol jenis Walther P99 yang dikaitkan dengan insiden itu.

Shahurinain juga berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut selepas siasatan mendapati tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian tersebut.

Bagaimanapun, siasatan menyeluruh termasuk dari sudut prosedur operasi standard bagi kawalan dan pengendalian senjata api masih dijalankan.

Jenazah anak bongsu daripada empat beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Haji Khamis di sini pada 5.30 petang tadi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved