Anak Malaysia Pecah Rekod Dunia Guinness, Berjaya Susun Papan Catur Kurang 46 Saat

26 Sep 2023 • 3:14 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang kanak-kanak berbangsa India yang berusia 10 tahun telah berjaya mencipta Guinness World Records baharu apabila dia berjaya menyusun papan catur dalam masa 45.72 saat dengan mata bertutup.

Menurut laporan Kosmo!, murid yang bernama Punithamalar Rajashekar itu juga merupakan seorang pemain catur untuk sekolahnya telah diiktiraf sebagai pemegang rekod terbaharu bagi masa terpantas menyusun catur tanpa melihat.

image is not available

Difahamkan, Punithamalar telah mula menceburi permainan catur sejak usianya lima tahun lagi.

Bukan itu sahaja, dia turut mempelajari teknik-teknik yang digunakan oleh pemegang rekod dunia terdahulu menerusi video-video sebelum melakukan percubaan tersebut.

“Bapa ialah jurulatih saya. Kami bermain catur bersama hampir setiap hari,” katanya.

image is not available

Sekadar info, Punithamalar ialah ahli Persekutuan Catur Antarabangsa (FIDE), manakala percubaan memecah rekod dunia itu dilakukan di sekolahnya di Perak.

Sumber: Kosmo!