Anak malu dihantar David Beckham ke sekolah, minta berhenti jauh

21 Dec 2022 • 6:20 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

ANAK perempuan bekas pemain bola popular, David Beckham, Harper Seven Beckham sering kali mendapat perhatian ramai lantaran kecomelannya.

Gelaran ‘anak perempuan ayah’ diberikan kepada Harper sementelah beliau satu-satunya puteri dalam keluarga David dan Victoria Beckham.

Menerusi satu temu ramah fail media digital (podcast) Armchair Expert yang dikendalikan Dax Shepard, Victoria mendedahkan tentang kehidupannya dan cita-cita awalnyauntuk bergelar penari dan penyanyi.

image is not available

 

 

Dalam pada itu, Ahli kumpulan Spice Girl itu turut bercerita tentang suaminya, David.

Soalan berkaitan zaman kanak-kanak Victoria yang diajukan menyebabkan ibu kepada empat cahaya mata itu berkongsi tentang cahaya mata perempuannya.

Victoria berkata ketika di bangku sekolah, bapanya Tony Adams, akan menghantar beliau dan kakak dengan menaiki Rolls Royce dan menjelaskan bahawa tony berbangga dengan kenderaannya pada masa itu.

image is not available

“Ayah mempunyai Rolls Royce tetapi dia juga seorang pemborong barangan elektrik dan mempunyai sebuah van. Saya dan kakak saya pernah meminta ayah hantarkan kami dengan van,” ulasnya.

Rupa-rupanya perkara itu turut berlaku kepada Harper. Dedah Victoria sang suami pernah berkecil hati dengan puteri mereka.

“David dan saya ada berbual tentang menghantar Harper. Dia berkata, ‘Ayah bolehkah turunkan saya jauh sedikit dari sekolah.

“Dia anak bongsu kami dan sungguh ini yang sedang berlaku,” jelas Victoria dalam wawancara berkenaan.

image is not available
23 tahun berumah tangga, David dan Victoria Beckham dikurniakan empat cahaya mata iaitu Brooklyn, 23, Romeo, 20, Cruz, 17 dan Harper, 11.

image is not available
Harper memang comel sejak kecil

David dan Victoria Beckham memiliki tiga cahaya mata lain iaitu Brooklyn, 23, Romeo, 20, dan Cruz, 17.

Comel, keletah dan diberi gelaran ‘daddy’s little girl’ , berikut adalah lima info menarik Harper:

1-Harper dilahirkan pada 7.55 pagi di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 10 Julai 2011.

2-Seperti tiga abangnya, gadis kecil ini dilahirkan melalui pembedahan caesarean.

3-Terlalu menyayangi Harper, David mengabadikan nama Seven buat anak perempuan tunggalnya. Nombor berkenaan adalah nombor jersi beliau ketika zaman bola sepak profesionalnya.

4-‘Fashionista‘ sama seperti ibunya, Harper menggayakan gaun couture pertama ketika berusia lapan tahun.

5-Kini berusia 11 tahun, Harper pelajar di Glendower Prep di South Kensington, London. Sekolah berprestij itu mengenakan yuran tahunan sebanyak £22,350 (RM120,389.85).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi