Anak Mati Dilanggar, Ibu Gajah Enggan Berganjak Dari Lokasi [Video]

LocalEnvironment
1 Jul 2026 • 5:56 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular video memaparkan seekor ibu gajah yang setia menunggu anaknya telah mati di tepi jalan dipercayai kerana dilanggar di Mersing, Johor.

Dalam video dikongsikan itu, jelas kelihatan gajah dewasa itu berada disisi anaknya yang sudah terbaring di tepi jalan.

Lelaki langgar anak gajah alami kecederaan, kereta dipandu terbabas dan terjunam dalam gaung

Terbaharu, seorang lelaki dilaporkan terlibat kemalangan apabila kereta dipandu melanggar seekor anak gajah sebelum kenderaan itu terbabas serta terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Jalan Felda Nitar berdekatan Kampung Pengkalan Bukit Asli, pada awal pagi tadi (1 Julai).

Insiden yang berlaku itu turut menyebabkan lelaki berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan.

Menurut Harian Metro yang memetik New Straits Times (NST), anak gajah berkenaan dipercayai mati sewaktu insiden terbabit.

Ibu gajah dipercayai enggan tinggalkan tempat kejadian

Manakala seekor lagi gajah dewasa yang dipercayai adalah ibu kepada anak gajah terbabit dikatakan enggan meninggalkan tempat kejadian.

Perkara itu juga telah menyebabkan keadaan lalu lintas di kawasan itu terhenti.

Menurut seorang anggota bomba di tempat insiden itu memaklumkan kepada NST anak gajah yang dilanggar itu tidak dapat diselamatkan.

Sembilan anggota bomba dan penyelamat telah dihantar ke lokasi kejadian

Jelas Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Mersing, Mohd Alias Hussin bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden yang berlaku pada 2.28 pagi.

Ujar beliau, insiden itu berlaku sekitar 27 kilometer dari balai bomba dan seramai sembilan orang anggota telah dikejarkan ke lokasi.

Jelasnya sembilan anggota itu sampai di tempat kejadian pada jam 3.03 pagi.

Mangsa terjunam dalam gaung dilaporkan tersepit sebelum berjaya diselamatkan anggota bomba, cedera kedua-dua kaki

“Mangsa dalam perjalanan menghala ke Felda Nitar di Kahang, Kluang apabila keretanya melanggar anak gajah sebelum hilang kawalan dan terjunam ke dalam gaung,” jelasnya lagi.

Menurut beliau pemandu terbabit tersepit namun berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.

Pemandu berkenaan dilaporkan cedera pada kedua-dua kaki dan telah dihantar ke Hospital Mersing untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved