Anak MB Kedah patah tangan, XMAX ditunggang terbabas

LocalCars
12 Nov 2026 • 11:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anak MB Kedah patah tangan, XMAX ditunggang terbabas

ALOR SETAR – Anak perempuan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor cedera selepas terbabit dalam kemalangan berhampiran Kampung Alor Setol dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, mangsa berusia 20 tahun yang juga pelajar Kolej Islam Darul Ulum Pokok Sena cedera pada bahagian muka dan tangan kiri, serta disyaki mengalami patah pergelangan tangan kanan.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang tadi apabila mangsa yang menunggang motosikal Yamaha XMAX 250 dari arah kolejnya di Pokok Sena menghala ke Alor Setar.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya sehingga menyebabkan ia terbabas ke dalam longkang,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, sejurus kejadian, mangsa dibantu oleh orang awam dan pasukan perubatan sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut dan kini berada dalam keadaan stabil.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – Bernama

The post Anak MB Kedah patah tangan, XMAX ditunggang terbabas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved