Anak MB Perlis didakwa esok - Azam Baki

22 May 2024 • 6:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian pada 24 April lalu.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Anak Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis esok atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, anak Mohd Shukri yang juga pemilik sebuah syarikat akan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 pada jam 8 pagi.

Anak kepada Mohd Shukri direman SPRM pada 24 April lepas bersama lima lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berkenaan dan kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM pada 26 April.

Mohd Shukri turut ditahan SPRM enam hari kemudiannya berhubung isu salah guna kuasa membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana di negeri Perlis sejak 2022 dan dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas lapan jam disiasat.

Dalam pada itu, seorang bekas setiausaha politik kepada bekas menteri akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 8.30 pagi esok.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!