Anak meninggal kemalangan, bapa menangis naik pentas ambil sijil diploma arwah

LocalEntertainment
17 Dec 2024 • 3:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
bapa menangis naik pentas

Seorang bapa menangis naik pentas sewaktu mengambil sijil diploma anak tersayang yang telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pertengahan tahun kelmarin.

Menerusi akaun TikTok Innovative University College, seorang graduannya yang dikenali sebagai Muhammad Adib Ahmad Shafarin telah meninggal dunia pada 27 Jun 2024.

@innovative_my

Semoga Allahyarham Muhammad Adib ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, #IUC #jommasukinnovative #convocation

♬ original sound - Innovative Verse - Innovative Verse

Bapa menangis naik pentas ambil sijil anak

Susulan daripada itu, sijil diploma yang sepatutnya diperoleh oleh allahyarham dalam majlis konvokesyen tersebut telah diwakilkan bapa serta ahli keluarga yang lain memandangkan insan berkenaan sudah tiada.

image is not available

Bapa menangis naik pentas diiringi 2 ahli kelluarga lain

Dalam video yang dikongsi, dapat dilihat bapa allahyarham seakan sebak dan mengesat air mata sewaktu melangkah menaiki pentas bagi mengambil sijil diploma allahyarham.

Dia yang diiringi oleh dua lagi ahli keluarga arwah sempat dipeluk dan ditenangkan oleh naib canselor dan juga para pensyarah yang berada di atas pentas berkenaan.

image is not available

Arwah tetap banggakan ibu ayah walau sudah meninggal dunia

Momen sebak itu telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing akui sedih melihat bapa allahyarham yang tidak dapat menahan tangis atas sebelum segera dipeluk olrh naik canselor.

Mereka juga mendoakan agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan akui terharu apabila allahyarham tetap membuat ibu bapa bangga walaupun sudah tiada.

image is not available

Sebak lihat bila bapa arwah dipeluk ketika ambil sijil anak

image is not available

Mengalir air mata ayah tanda hatinya cukup remuk

image is not available

Ibu ucap terima kasih doakan arwah

Susulan daripada kata-kata positif yang diterima, ibu kepada allahyarham Muhammad Adib telah meninggalkan komen mengucapkan terima kasih diatas segala doa-soa baik yang diperoleh.

Ujarnya, mereka sekeluarga sangat menyayangi arwah dan pemergiannya masih lagi terasa.

image is not available

Semoga roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan keluarga tabah menerima dugaan.

Sumber: TikTok innovative_my