Anak Menteri Besar Direman SPRM, Bantu Siasatan Pemalsuan Dokumen RM600K

24 Apr 2024 • 2:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan individu termasuk anak Menteri Besar Perlis bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Menurut laporan Berita Harian, turut direman ialah pegawai kanan pejabat Menteri Besar Perlis.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas tertuduh dibawa ke mahkamah jam 8.45 pagi tadi.

image is not available

“Suspek yang ditahan berusia antara 27 hingga 37 tahun dan dikehendaki membantu siasatan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik-pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Siasatan dipercayai juga menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan.

Suspek yang ditahan itu dipercayai berperanan sebagai pemilik syarikat, kontraktor dan penjawat awam di Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Menteri Besar Perlis,” katanya.

Difahamkan, suspek ditahan antara jam 7 hingga 8 pagi semalam di Perlis dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Putrajaya, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.