“Anak muda budi bahasa tinggi” – [VIDEO] Netizen Terharu Tengok Rider Bantu Warga Emas Lintas Jalan

Entertainment
8 Mar 2024 • 12:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu kebaikan kecil yang memberikan impak besar kepada kita seperti dalam video ini di mana seorang pemuda bantu warga emas untuk melintas jalan yang agak sesak.

Jika diperhatikan dalam video 1 minit 43 saat ini, kita yang masih muda ni pun rasa gerun kalau nak melintas jalan itu berseorangan.

Jadi, seorang pemuda berhati mulia memberhentikan motornya di sisi jalan bagi membantu makcik tersebut. Dia membimbing makcik itu untuk melintas jalan sebelum melintas semula ke tempat asal.

Menjengah ke komen, ramai netizen yang terharu dan memuji kemuliaan pemuda ini, bahkan mereka juga mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah melakukan banyak kebaikan kepada orang awam.

image is not available image is not available

Nampak mudah tapi semua orang mampu buat tau!

Sumber : TikTok

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.