Anak murid Khabib ungguli gelaran dunia

12 Feb 2023 • 7:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Islam (kanan) melakukan tumbukan ke arah Volkanovski dalam saingan lightweight UFC di Perth. - Foto EPA

PETARUNG sensasi, Islam Makhachev berada dalam kelas tersendiri apabila mempertahankan gelaran dunia kelas lightweight UFC selepas menewaskan Alexander Volkanovski menerusi keputusan mata sebulat suara di Perth, Australia.

Islam yang berusia 31 tahun menafikan hasrat lawan dari Australia itu untuk muncul petarung kelima yang memegang dua gelaran dunia secara serentak dalam sejarah UFC.

“Lawan saya sangat sukar. Saya adalah petarung terhebat di dunia ketika ini,” ujar Islam.

Islam yang berasal dari Rusia melebarkan rekod tanpa kalahnya dalam saingan UFC kepada 12 pertarungan dan rekod keseluruhannya menjadi 24-1.

Dia memperoleh keputusan 48-47, 48-47, 49-46 untuk menewaskan lawannya itu.

Sepanjang kariernya, Islam dididik oleh Khabib Nurmagomedov yang dilabelkan sebagai petarung terhebat dalam sejarah UFC.

“Saya membuktikan mengapa saya nombor satu.

“Anda perlu tingkatkan lagi usaha. Saya jangkakan mudah untuk menewaskannya tetapi jangkaan saya salah,” ujar Islam.

Dalam pada itu, Volkanovski akur dengan kekalahan tersebut dan menganggap Makhachev seorang petarung yang hebat.

“Saya jangkakan kemenangan Makhachev (Islam), dia sangat bagus. Namun saya petarung lebih baik sekarang. Saya akan tumpukan kepada gelaran featherweight selepas ini,” kata Volkanovski.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved