Anak nafi khabar angin Jamal Yunos nazak

13 Feb 2024 • 2:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jamal

SUNGAI BESAR - Anak sulung kepada Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan khabar angin kononnya bapanya sedang nazak.

Muhammad Amin Daniel, 23, berkata, bapanya ketika ini menjalani tempoh rawatan akibat kanser paru-paru tahap empat di Pusat Perubatan Prince Court sejak Khamis lalu.

Menurut beliau, Jamal berada dalam keadaan stabil dan menjalani tempoh pemulihan.

"Saya menafikan ayah sedang nazak, sebaliknya keadaannya sihat dan tidak membimbangkan.

"Kemungkinan ayah dibenarkan pulang dalam tempoh dua atau tiga hari ini," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Pada masa sama Muhammad Amin memohon orang ramai mendoakan kesihatan bapanya agar kembali pulih seperti biasa.

"Saya mohon doakan kesihatan ayah moga dia kuat dan sembuh daripada sebarang penyakit," tambah beliau.

Pada September tahun lalu, Jamal dimasukkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri di satu majlis anjuran UMNO dan dikaitkan mengalami keracunan makanan.

Jamal juga pada Disember tahun sama pernah menjalani rawatan di pusat perubatan sama akibat kanser paru-paru tahap empat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved