Saya masih single, Mierul Aiman terkejut digosipkan bercinta dengan cucu bekas PM

9 Feb 2024 • 4:20 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Pelakon Mierul Aiman menafikan khabar angin kononnya dia sedang hangat bercinta dengan cucu seorang kenamaan.

Mengakui terkejut dengan khabar angin tersebut, Mierul atau Mohammad Amirul Aiman Norazman, 26, berkata, dia terbuka dan tidak memilih untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang.

“Saya berkawan dengan semua orang, tapi tidak pernah pula selidik mereka anak siapa dan saya betul-betul terkejut dengan dakwaan itu.

“Saya berpegang kepada prinsip berbudi kepada semua orang. Kita buat baik untuk dibalas baik,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran siri Astro Originals, Project: Exit di Rimba Ilmu, Universiti Malaysia, hari ini.

Bekas Hero Remaja 2021 itu berkata, statusnya masih lagi solo dan seandainya pintu hatinya sudah diketuk seseorang, dia sedia berkongsi berita gembira itu kepada umum.

“Jujur saya katakan, setakat ini saya tidak punya sesiapa yang Istimewa. Tak tahulah jika akan ada hati yang terluka dengan kenyataan saya ini.

“Tetapi, buat masa sekarang ini, fokus saya hanya kepada skrip, kerjaya seni, adik-beradik serta ibu ayah saya,” katanya.

Sebelum ini, timbul desas-desus dalam kalangan penggiat industri bahawa Mierul sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang gadis yang juga cucu kepada seorang kenamaan.

Dalam perkembangan lain, Mierul bakal tampil menerusi drama terbitan Astro Shaw, Project: Exit yang mengangkat isu sosial di asrama pemulihan akhlak.

Drama enam episod arahan Zulaikha Zakaria itu turut dijayakan oleh pelakon seperti Naim Daniel, Shasha Abedul, Kimberly Chuah dan Nabila Huda. – 9 Februari, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved