
Kota Kinabalu: Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) akan bertanding di 20 kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) yang mempunyai majoriti pengundi orang asal atau Momogun dalam pilihan raya umum negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.
Presidennya Datuk Henrynus Amin berkata, kerusi yang akan ditandingi itu diharap dapat memberikan kemenangan kepada partinya supaya perjuangannya untuk memperkasakan kebajikan dan hak orang asal dapat dikotakan.
“Dalam hal ini, kami bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang mempunyai visi dan tujuan perjuangan yang sama sebelum atau selepas pilihan raya nanti.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Anak Negeri juga bersedia menerima cabaran bertanding solo dalam pilihan raya umum (PRU) nanti,” katanya menambah parti akan mengetengahkan calon dan pemimpin muda atau aktivis politik.
