Anak Norman Hakim jadi imam di rumah Siti Nurhaliza ketika majlis ilmu

LocalEntertainment
3 Sep 2024 • 6:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Anak Norman Hakim jadi imam di rumah penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sewaktu majlis ilmu yang turut dihadiri oleh Ustaz Wadi Annuar serta beberapa selebriti terkenal.

Menerusi hantaran perkongsian Norman di Instagram, dia telah hadir ke kediaman Siti Nurhaliza bersama isterinya, Memey Suhaiza serta anak lelakinya, Danish Hakim.

Instagram will load in the frontend.

Anak Norman Hakim jadi imam solat jemaah

Dalam muat naik tersebut, dapat dilihat yang Danish atau nama sebenarnya, Mohamed Danish Hakim mengimamkan solat berjemaah berjemaah sebelum berkumpul mendengar perkongsian ilmu dari Ustaz Wadi.

Menurut Norman, dia meluahkan rasa syukur apabila berkesempatan mendengar perkongsian ilmu serta berkumpul di majlis berkenaan.

image is not available

Anak Norman Hakim jadi imam, ucap terima kasih kepada tuan rumah

Dia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada anaknya kerana menjadi imam sewaktu solat berjemaah terbabit serta kesudian tuan rumah memberi keselesaan tempat serta jamuan sewaktu berkumpul.

“Terima kasih Abang Danish Hakim menjadi imam kami. Terima kasih jugak kepada sahabat2 semua untuk ukhuwah kita.

HablumminAllah Wal Hablumminannas,” tulisnya.

Danish membanggakan orang tua

Perkongsian tersebut telah menuai pelbagai komen daripada warganet yang kebanyakkannya memberikan respon positif.

Mereka juga mengakui beruntungnya Norman serta Abby Abadi kerana mempunyai anak yang boleh mengimamkan solat.

image is not available

Sejuk perut ibu Abby Abadi

image is not available

Terbaik Danish!

image is not available

image is not available

Bangga betul kalau anak lelaki boleh jadi imam

image is not available

Sekadar info, Norman Hakim atau nama sebenarnya, Mohamed Nurhakim Zaidon, 48 pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Abby Abadi pada tahun 2002 sebelum sah bercerai pada 2009.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Pada 2011, Norman kembali bergelar suami apabila menikahi Memey Suhaiza dan kini bahagia apabila dikurniakan tiga orang lagi zuriat, Muhammad Darwisz Hakim, 8, Muhammad Dikhriz Hakim, 6 dan Mikayla Delisha Hakim, 3.

Sumber: Instagram normanhakim_786