Henti sebar fitnah, bersyukurlah Allah masih jaga aib kita- Marissa Dania

LocalEntertainment
29 Aug 2024 • 3:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania minta orang ramai untuk henti sebar fitnah berhubung dirinya dan keluarga di media sosial.

Nama Marissa Dania Hakim kembali menjadi bualan ramai sejak dilaporkan kehilangan anak yang dikandung selama enam bulan ketika dilahirkan dalam keadaan pramatang.

image is not available

Suasana bertambah gamat apabila komen Marissa di posting luahan Abby Abadi telah mendapat perhatian ramai apabila dia meminta supaya ibunya membalas mesej yang dihantar menerusi WhatsApp.

Henti sebar fitnaha

Terbaharu, dalam hantaran di Instagram Story, Marissa yang juga personaliti media sosial dan model muslimah meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi yang boleh mendatangkan fitnah.

Marissa yang juga isteri kedua kepada Aslam berkata, orang ramai sepatutnya bersyukur kerana Allah masih menjaga aib mereka daripada terus tersebar.

image is not available

Terdahulu, suami kepada Marissa Dania, Ahmad Aslam telah membenarkan bahawa isteri keduanya bersalin bayi pramatang namun anak mereka meninggal dunia sejurus dilahirkan.

Dia telah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, bapa mentua, qariah surau serta isteri pertama, Umisya Mazlan kerana membantu dalam segala hal.

image is not available

Dia juga meminta orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi serta menjatuhkan hukum sewenangnya diatas ujian yang sedang dilalui oleh mreka ketika ini.

Sumber: Instagram marissadania_