Anak Orang Kampung Untuk Orang Kampung! Jangan undi saya jika tak puas hati -Akmal

LocalPolitics
29 Oct 2026 • 5:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh menyerahkan kepada pengundi untuk menilai prestasi perkhidmatannya sepanjang empat tahun 11 bulan sebelum membuat keputusan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Rakyat berhak tentukan

Dalam hantaran di Facebook Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu menyatakan, rakyat berhak menentukan sama ada khidmat yang diberikan sepanjang tempoh berkenaan memuaskan hati atau sebaliknya.

“Jangan undi saya jika perkhidmatan saya tidak bagus tetapi jika berpuas hati, saya mohon kepercayaan anda semua sekali lagi untuk berkhidmat bagi tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

“Anak Kampung Untuk Orang Kampung”

Dr Akmal turut menegaskan bahawa dirinya kekal sebagai anak kampung yang mahu terus berkhidmat kepada masyarakat setempat menerusi slogan “Anak Kampung Untuk Orang Kampung”.

Image from: Anak Orang Kampung Untuk Orang Kampung! Jangan undi saya jika tak puas hati -Akmal

Foto: Berita Harian

Untuk rekod, Dr Akmal memenangi kerusi DUN Merlimau pada PRN Melaka 2021 dengan memperoleh 5,633 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Azrin Ab Majid yang meraih 2,385 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Alim Shapie dengan 1,622 undi.

Kemenangan itu menyaksikan Dr Akmal memperoleh majoriti sebanyak 3,248 undi.

Sumber: Facebook Akmal Saleh
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved