
ANAK perempuan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah El Zahra menjadi perhatian warganet. Biarpun berstatus anak jutawan yang berjaya, gadis berusia 16 tahun itu melayani dengan mesra orang ramai yang menyapa.
Pengguna TikTok @LovelyDelysha66 baru-baru ini berkongsi video memaparkan Qadejah yang lebih mesra disapa Cess baru- baru ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pemilik akaun itu memuji pekerti Qadejah yang sopan, merendah diri dan mudah didekati.
Menerusi video berdurasi 58 saat itu, Qadejah dilihat tidak kekok melayani seorang kanak-kanak perempuan bersama Cik B, anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida.
Sempat memberi kata-kata semangat, Qadejah menghulurkan pemberian berupa sejumlah wang dan memeluknya.
"Siapa kenal? @qadejah_terlajaklaris baiknya ya ALLAH. Anak yang baik, sopan santun, berbudi perkerti dan merendah diri.
"Kata-katanya sangat perfect. Bagus didikan dan ajaran Datuk Seri Aliff dan isteri Datin Seri Shahida. Subhanallah.
"Alhamdullillah, tahun 2026 ALLAH hadirkan semua insan yang baik-baik untuk keluarga kami Ya ALLAH," kongsinya.
Perkongsian berkenaan yang menerima lebih 1 juta tontonan dan 82,000 tanda suka menerima reaksi positif warga maya. Rata-rata memuji kemesraan ditunjukkan Qadejah dan didikan ibu bapa.
"The real orang kaya beradab tinggi. Tidak berlagak dengan harta di dunia."
"Tengok cara dia hulur duit pun lain daripada yang lain. Dilipat dan dihulur sambil sorok duit tu."
"Cik B Dan Qadejah anak-anak org kaya yang berhati mulia."
"Kata-kata nasihat Qadejah simple tapi mendalam. "Kita ibarat pearl dalam oyster".Semoga ALLAH melindungi kita semua."
Sumber: TikTok


