Anak Pakar Sains Politik Rusia Maut, Kereta Dipercayai Meletup Dibom

21 Aug 2022 • 6:16 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bapanya merupakan orang penting bagi Vladimir Putin.

Anak Pakar Sains Politik Rusia Maut, Kereta Dipercayai Meletup Dibom. Kita pasti tahu tentang kekuasaan pemerintahan Presiden Rusia,Vladimir Putin. Beberapa tempoh yang lalu, perbalahan antara Rusia dan Ukraine pun kita tahu apa impaknya. Daripada perbalahan sahaja, dunia menghadapi impak daripada segi bekalan makanan disekat.

Cuba bayangkan apa impaknya kali ini? Sepertinya tidak dapat jangka. Mungkin kita lihat ini sekadar anak kepada rakannya tetapi tahukah kita bahawa rakan presiden Rusia ini adalah seorang saintis politik yang terkenal di Rusia dan merupakan individu penting kepada Vladimir Putin?

image is not available
Anak Pakar Sains Politik Rusia Maut, Kereta Dipercayai Meletup Dibom. Sumber gambar: BBC NEWS

Meninggal dunia ditempat kejadian akibat letupan kereta.

Darya Dugina yang merupakan seorang wartawan dan berkecimpung dalam bidang falsafah dan sains politik sama seperti ayahnya, Alexander Dugin telah disahkan meninggal dunia kerana tewas dalam nahas letupan kereta. Kejadian yang berlaku di lebuhraya Mozhayskoye, Moscow pada pukul 9.45 malam itu dipercayai letupan daripada bom.

image is not available
Sumber gambar: Twitter @Marchfoward

Menurut saksi, letupan kereta trsebut berlaku di tengah lebuhraya dan telah mengakibatkan banyak serpihan kereta bertaburan. Pada masa ini masih tidak diketahui kebenarannya. Bahkan, ada spekulasi yang mengatakan bahawa kemungkinan letupan ini adalah satu percubaan bunuh yang seharusnya menjadi sasaran adalah ayah Darya sendiri.

image is not available
Sumber gambar: BBC NEWS

Seperti kita tahu, ayah Darya, Alexander adalah individu penting kepada presiden Rusia itu sendiri. Mungkinkah ada dendam atau muslihat lain disebalik kejadian ini. Sama-sama kita doakan semoga kejadian ini tidak mendatangkan impak yang lebih besar kepada dunia kerana dikhuatiri kejadian ini ada bersangkut-paut dengan pemerintahan dan kekuasaan Vladimir Putin.

Untuk cerita menarik yang lain, boleh baca artikel berikut: