Anak Perempuan Pakar Sains Politik Rusia Maut Kereta Miliknya Meletup

21 Aug 2022 • 3:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

ANKARA, 21 Ogos (Bernama) — Sebuah kereta milik anak perempuan pakar sains politik dan falsafah terkenal Rusia Alexander Dugin meletup lewat Sabtu di Moscow, lapor Agensi Anadolu memetik media.

Kereta Darya Dugina meletup di lebuh raya Mozhayskoye kira-kira 9.45 malam waktu tempatan dan saksi mendakwa letupan berlaku di tengah jalan menyebabkan serpihan kereta bertaburan.

Menurut laporan awal beliau meninggal dunia di lokasi kejadian.

Setakat ini tiada pengesahan atau maklumat rasmi mengenai punca letupan.

Tidak jelas sama ada letupan itu satu percubaan bunuh yang menyasarkan bapanya. Alexander Dugin disifatkan sebagai antara individu penting kepada Presiden Rusia Vladimir Putin.

Seperti bapanya, Darya Dugina juga terlibat dalam bidang kewartawanan, falsafah dan sains politik.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved