Anak pengasas Al-Arqam tegaskan GISBH telah tinggalkan semua ajaran sesat

LocalPolitics
14 Oct 2024 • 10:23 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd (GISBH) hari ini menyatakan bahawa mereka telah meninggalkan semua ajaran yang telah difatwakan sebagai sesat di Malaysia.

Khaulah Ashaari, anak pengasas Al-Arqam, berkata GISBH kini sepenuhnya komited kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak lagi mengamalkan ajaran sesat, serta telah mengikuti kursus dan proses istitabah yang diatur oleh pihak berkuasa agama.

Selain itu, GISBH telah mengikuti kursus selama 500 jam dengan pihak berkuasa agama sebagai bukti kesungguhan mereka untuk meninggalkan amalan sesat dan enggan mengulangi kesilapan lalu.

Mengenai kemungkinan terdapat ahli GISBH yang masih mengamalkan ajaran sesat, Khaulah tiada pengetahuan mengenai hal itu dan menegaskan mereka sentiasa dipantau oleh pihak jabatan agama.

Rakaman video ‘Abuya’ sudah lama

Ditanya mengenai video tular yang menunjukkan ahli GISBH mengagungkan Ashaari, Khaulah memaklumkan, video itu sebenarnya adalah rakaman lama dari tahun 2011 dan baru sahaja ditularkan di media sosial.

Mengenai dakwaan eksploitasi kanak-kanak, dia bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen kerana kes itu masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Sumber: MalaysiaKini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved