Pengikut GISBH tidak ikut amalan Al Arqam - Anak Asaari

LocalPolitics
14 Oct 2024 • 2:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Khaulah (tiga kanan) dan adiknya, Mubarakah serta barisan peguam dilantik pada sesi sidang media di sebuah hotel di sini pada Isnin

image is not available
Khaulah (kiri) ditemani adiknya, Ummu Mubarokah

SHAH ALAM - Anak perempuan pengasas Al-Arqam, Asaari Muhammad mengesahkan ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) tidak lagi mengikuti amalan kumpulan berkenaan yang telah diisytihar sesat itu.

Khaulah Asaari, 38, yang juga merupakan pengarah salah sebuah anak syarikat GISBH turut menegaskan bahawa ahli-ahli dalam kumpulan tersebut juga tidak mengamalkan Aurad Muhammadiyah.

**media[2846487]**

“Berkait amalan yang dikatakan, memang GISBH konsisten untuk tidak lagi mengamalkan apa-apa ajaran yang dikatakan sesat atau salah mungkin ada juga tahu kita sentiasa mengikuti kursus pihak berkuasa termasuk jabatan agama dan kita mengikuti proses istitabah (bertaubat) yang dikendalikan di Jabatan Mufti Selangor.

“Kita juga berkomitmen tidak mengamalkan apa-apa yang dilakukan sebelum ini iaitu pada zaman Al-Arqam,” katanya yang ditemani adiknya, Ummu Mubarokah, 30, ketika ditemui pemberita di sebuah hotel di sini pada Isnin.

Khaulah mengulas lanjut berkata, silibus pelajaran di sekolah agama seliaan GISBH juga berpandukan silibus ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Dalam masa sama, kami juga sentiasa dipantau oleh jabatan agama selepas mengikuti kursus selama 500 jam dan kami juga dipantau untuk dipastikan tidak ada pengulangan amalan begitu (Al-Arqam),” tegasnya.

Mengulas mengenai video menunjukkan ahli GISBH mengagungkan Abuya (Asyaari) pula, jelasnya, ia sebenarnya video lama sekitar 2011 yang ditularkan semula di platform media sosial ketika ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved