Anak Perempuan Usia 15 Tahun Tawar Khidmat S*ks Melalui Telegram, Ibu Laporkan Kepada Polis

22 Sep 2025 • 6:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang ibu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Puteh selepas mengesyaki anak perempuannya berusia 15 tahun menawarkan perkhidmatan seksual melalui Telegram.

Menurut Berita Harian, wanita berusia 43 tahun itu membuat laporan pada Sabtu lalu dan mendakwa dia dimaklumkan tentang perkara tersebut daripada anak sulungnya ketika di rumah mereka di Jerteh, Terengganu 15 September lalu.

Dakwa wanita itu, anak sulungnya memberitahu anak perempuan berusia 15 tahun menawarkan perkhidmatan seks. Menurutnya, anak keenam daripada tujuh beradik itu menawarkan perkhidmatan melalui Telegram secara percuma untuk pelanggan pertama dan untuk kali kedua dan seterusnya, bayaran akan dikenakan.

image is not available

Ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang cuci itu juga percaya bahawa anak perempuannya pernah melakukan hubungan seksual dengan beberapa lelaki.

Susulan itu, dia membuat laporan polis untuk membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan selanjutnya.

image is not available

image is not available

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata pihaknya menerima laporan tersebut dan kini masih menyiasat kes berkenaan.

Difahamkan, anak perempuan wanita berkenaan dan adik beradiknya yang lain tinggal bersama bapa mereka di Kampung Gong Tinggi, Pasir Puteh selepas dia dan bekas suami bercerai 10 tahun lalu.

image is not available 2025-09-19 17:32:28

Wanita Buat Laporan Dakwa Diperas Ugut & Dicabul Tiga Anggota Polis - "Cubit Payudara Ketika Berbincang"