Baru 3 Bulan Bersalin, Wanita Dicekup Positif Dadah Bersama Suami

22 Sep 2025 • 4:30 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang wanita yang baru tiga bulan bersalin anak sulung dicekup Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah selepas didapati positif dadah jenis syabu dalam operasi Cegah Khas 3.0, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, wanita berusia 28 tahun itu ditahan bersama suaminya yang berusia 30 tahun di rumah sewa mereka di Kampung Selamat, Ayer Putih kira-kira jam 10 pagi. Ketika serbuan dilakukan, pasangan terbabit sedang tidur bersama anak lelaki mereka.

image is not available

Wanita itu mendakwa dia mengambil dadah berkenaan sehari sebelum ditahan selepas diberi oleh rakan-rakan yang datang ke rumah.

“Saya menagih dadah sebelum berkahwin malah bekas suami pertama dulu juga penagih dadah dan suami kedua ini juga penagih.
“Ketika waktu berpantang, saya ditahan namun hasil ujian saringan air kencing mendapati saya bebas dadah dan dibebaskan,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, hari ini.

image is not available

Sekadar gambar hiasan | Carian Google

Wanita Dicekup Positif Dadah

Sementara itu, Pengarah AADK Kedah, Khairul Anwar Ahmad berkata operasi kali ini dijalankan serentak di 11 daerah termasuk Pendang yang menjadi antara transit dan laluan sempadan daerah Kota Setar, Padang Terap, Yan serta Kuala Muda.

Katanya, penagih kini tidak lagi melepaskan gian di port tertentu, sebaliknya beralih kepada kaedah urus niaga dadah secara mobile (panggilan) atau drive thru (pandu lalu).

“Operasi ini bertujuan untuk mengesan secara maksimum orang yang disyaki sama ada membabitkan penagih baru, gagal hadir jamin, langgar syarat dan banyak lagi kesalahan yang berkaitan dengan kesalahan di bawah Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
“Hari ini kita menyasarkan daerah Pendang, dari Januari hingga Jun, daerah ini merekodkan catatan yang tertinggi tangkapan penagih yang merujuk kadar penyalahgunaan dan penagih dadah di seluruh Malaysia,” katanya lagi.

image is not available

Sekadar gambar hiasan | Carian Google

Beliau berkata, sepanjang tahun ini sahaja, AADK Kedah melaksanakan 339 operasi di 11 daerah dengan 2,965 individu ditahan terdiri daripada penagih baru dan mereka yang melanggar syarat.

Dalam operasi hari ini, seramai 11 individu termasuk seorang wanita turut ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 untuk tindakan lanjut.

Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli)