Anak Pukul Ibu Berusia 68 Tahun Sampai Patah Gigi Gara-gara Terjebak Dengan Dadah

11 Oct 2022 • 11:46 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dadah merupakan bahan yang banyak digunakan dalam dunia perubatan, dalam dos yang betul ia boleh merawat dan membaik pulih kesihatan seseorang individu.

Pun begitu, menurut MyHealth, menggunakan dadah bukan atas tujuan perubatan dikira sebagai penyalahgunaan dadah dan ia boleh memberi mudarat sehingga meybebakan seseorang itu hilang pertimbangan malah ia juga boleh membawa maut.

Itulah yang terjadi di Padang Terap, Kedah baru-baru ini apabila seorang anak lelaki sanggup membelasah ibunya yang berusia 68 tahun itu sehingga patah gigi hanya kerana dia berang dengan jawapan ibunya itu.

image is not available
Gambar hiasan

Menurut Astro AWANI, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintenden Mulkiaman Manzar, berkata dalam kejadian pada Khamis lepas itu, suspek berusia 30-an bertanya ibunya mengenai bilangan anaknya.

“Wanita itu telah menjawab hanya mempunyai empat orang anak, sedangkan suspek juga anak mangsa… jadi bilangan sebenar adalah lima.

Suspek tidak berpuas hati dan tiba-tiba berang lalu bertindak menampar pipi kiri mangsa sehingga giginya patah, selain menendang mangsa membuatkan wanita itu berlari masuk ke dalam bilik tidur.” katanya.

Disebabkan itu, mangsa telah membuat laporan polis dan suspek telah ditahan di kawasan perkampungan tersebut pada hari Jumaat.

Difahamkan, suspek telah direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah.

Jangan dekati dadah, bukan diri sendiri je rosak, orang sekeliling pun jadi mangsa…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article