“Anak pun tak kenal ibu bapa” – Ahli GISBH Hanya Kenal 2 Daripada 34 Orang Anak

LocalPolitics
23 Sep 2024 • 5:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam sidang media khas hari ini mendedahkan sesuatu yang mengejutkan apabila terdapat ahli GISB Holding Sdn Bhd (GISBH) yang berkahwin empat serta memiliki 34 orang anak, namun hanya mengenali dua orang daripadanya.

Hasil siasatan PDRM setakat ini mendapati, ahli tersebut adalah yang memiliki paling ramai anak dalam kalangan ahli GISBH lain.

image is not available

Dia (ahli GISBH) kahwin ikut agama, dah mengandung baru dia daftar secara rasmi di pejabat agama. Jadi anak ini bila dah lahir dia memang bin dan binti Abdullah.

“Tapi anak ini bukan tidak sah taraf, kalau betul ikut agama anak ini statusnya sah,” katanya.

Dalam pada itu, Razarudin juga berkata, kebanyakan ahli-ahli organisasi itu sudah dilatih untuk tidak mendedahkan anak-anak mereka sebaliknya mengatakan kanak-kanak itu anak yatim piatu.

“Anak-anak itu pun kalau kita tanya, dia kata tak kenal ibu bapa masing-masing. Seolah-olah mereka anak yatim,” jelasnya lagi.

Allahu kesian pulak kalau betul ini terjadi…

Sumber: Kosmo

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.