Anak Rezeki atau Beban

5 Jan 2024 • 2:00 PM MYT
Adleen Nuha
Adleen Nuha

Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia

image is not available
Foto: Kashoorga

Setiap keluarga mengalami dinamika yang unik, dan salah satu aspek yang sering menjadi fokus perhatian adalah karakter anak. Beberapa orang memandang anak sebagai sumber keberkatan dan rezeki bagi keluarga, sementara yang lain mungkin menganggapnya sebagai tanggungan atau beban. Seorang “anak rezeki” mungkin membawa kebahagian dan keceriaan, manakala “beban” mungkin melibatkan tanggungjawab dan cabaran. Anak sering dianggap sebagai anugerah dan sumber kebahagiaan bagi orang tua. Senyum, tawa, dan cinta anak-anak membawa keceriaan yang tak ternilai dalam kehidupan keluarga. Perkara ini dipengaruhi oleh sejumlah faktor seperti nilai-nilai budaya, situasi ekonomi dan pandangan personal. Artikel ini akan menjelajahi perspektif yang berbeza terkait apakah anak dianggap sebagai rezeki atau beban dalam konteks keluarga?

Kehadiran anak dalam hidup pasangan suami isteri adalah satu kegembiraan dan kebahagiaan. Selain itu, hadirnya anak juga dianggap dapat memberikan kehidupan keluarga yang lebih penuh makna. Momen-momen bersama dengan anak-anak dianggap berharga dan memberikan kebahagiaan. Sebagai ayah dan ibu mereka sentiasa memohon kepada Allah SWT supaya mereka dikurniakan keturunan yang soleh dan solehah. Kehidupan terus berjalan dan anak semakin dewasa menempuh hari-hari kedewasaannya. Walau bagaimanapun ayah dan ibu semakin sunyi, terkadang kebahagiaan mereka hilang bersama kegembiraan anak. Selain itu, ada ibu bapa yang bersyukur atas kelahiran anak mereka yang merupakan “amanah” daripada Allah SWT. Namun, ada ibu bapa yang berdoa setiap hari hanya untuk mengharapkan anak-anak yang diamanahkan ini mampu menyebut satu perkataan sahaja iaitu “ibu” mahupun “ayah”. Kebahagiaan tidak hanya bergantung pada keindahan akan tetapi bahagia ditentukan oleh cara kita melihatnya mengikut tafsiran dunia kita. Fahamilah, Bahagia di dunia hanyalah sementara. Oleh itu, menjadi hamba yang benar-benar mengabdikan diri kepada tuhannya dan sentiasa mengharapkan syurga Allah SWT adalah makna sebenar kebahagiaan.

Selajutnya, anak sebagai penerus generasi keluarga merujuk pada anggota keluarga yang diharapkan untuk melanjutkan tradisi, nilai-nilai, dan tanggung jawab keluarga ke generasi berikutnya. Sebagai anak penerus generasi keluarga, seseorang mungkin memiliki peranan khusus dalam menjaga dan meneruskan warisan keluarga. Ini boleh termasuk aspek seperti etika, budaya, agama dan moral. Anak-anak adalah aset masa depan dan generasi penerus bangsa yang mempunyai kesukaran dan keterbatasan dalam memahami dan melindungi diri daripada pelbagai pengaruh sistem yang sedia ada. Masa kanak-kanak adalah masa tumbuh kembang dimana perkembangan dimasa ini merupakan dasar bagi tahap perkembangan berikutnya. Perlakuan pada masa kanak-kanak harus diberikan dengan teliti supaya ia membantu mereka berkembang. Tambahan lagi, anak penerus juga dapat memiliki watak dalam membangun dan menjaga hubungan keluarga, Ini melibatkan menjalin komunikasi yang baik dengan anggota keluarga lainnya serta memberikan dukungan emosional dan praktis. Meskipun anak penerus diharapkan untuk mengekalkan tradisi, tetapi mereka juga perlu bersedia untuk perubahan dan perkembangan dunia. Mereka dapat memainkan peranan dalam membawa keluarga ke era moden sambil tetap mengekalkan nilai tradisional.

Umum mengetahui bahawa ramai pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak mempunyai anak. Anak, dambaan bagi setiap pasangan berkahwin. Dia juga dianggap sebagai pembawa rezeki untuk keluarga dan pengikat kasih sayang. Oleh itu, jangan pernah menafikan perkara yang sudah jelas. Sehubungan dengan itu, apabila anak buat perangai mulalah ibu bapa naik angin dan ada yang menganggap anak itu membebankan mereka. Sedangkan selama ini, merekalah pembawa rezeki untuk keluarga. Justeru itu, ibu bapa tidak perlu merasa terbeban atau terlalu berkira dengan anak-anak. Mereka tidak menyedari bahawa mereka inilah yang memberi rezeki kepada keluarga. Akan tetapi, ada juga ibu bapa yang sangat bimbang untuk tambah anak memikirkan tentang kos yang semakin meningkat. Membesarkan anak memerlukan tanggungjawab finansial yang besar, Misalnya, bayaran pendidikan, perawatan kesihatan dan keperluan seharian boleh menjadi beban berat bagi ibu bapa. Dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap penjuru dunia tentang isu pembuangan bayi di kalangan masyarakat muslim di Malaysia. Pembuangan bayi ini berlaku disebabkan tekanan hidup daripada kalangan mereka yang lemah pegangan agama dan ini menyebabkan anak tersebut disebut anak pungut apabila dijumpai masih hidup. Natijahnya, tidak kisahlah sama ada pelakunya ibu, bapa, nenek atau mana-mana orang sekalipun, janganlah berfikir untuk melakukan perkara yang tidak sewajar itu. Ketahuilah anak itu adalah satu rezeki yang tidak terhingga yang dianugerahkan oleh Tuhan untuk dididik, dibimbing menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapa serta disekelilingnya.

Sehubungan dengan itu, anak-anak memerlukan masa dan perhatian yang besar. Bagi ibu bapa yang memiliki kesibukan yang tinggi, hal ini dapat menjadi beban tambahan yang mengganggu masa dan tenaga. Benar, membesarkan anak-anak memerlukan banyak masa, perhatian dan tenaga yang signifikan. Ibu bapa yang terlalu sibuk seringkali menghadapi tentangan untuk mencari keseimbangan antara pekerjaan dan tanggungjawab sebagai ibu bapa. Bukti yang sahih lagi tepat yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan berita seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang lapar tekad terjun dari balkoni rumah di tingkat dua. Kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian dalam keadaan rumah berkunci itu mengalami kecederaan di bahagiaan mulut dan gigi berikutan tindakan tersebut. Kesudahannya, insiden seperti ini berlaku akibat ibu bapa zaman sekarang yang sibuk mengejar kemewahan dan bersaing dalam dunia materialistik. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan masyarakat mengatakan kos hidup yang tinggi menjadi punca ibu bapa mengejar harta sehingga gagal melaksanakan tanggungjawab serta peranan mereka sebagai ibu bapa. Sesibuk mana pun ibu bapa, mereka perlu meluangkan masa paling berkualiti bersama anak tidak kira sesingkat mana. Gunakan peluang yang ada, jangan menyesal kerana tidak meluangkan masa berharga dengan anak apabila mereka meningkat dewasa. Tuntasnya, adalah penting untuk mengelakkan menjadi ibu bapa yang walaupun ada, namun diibaratkan seperti tiada.

Sudah terang lagi bersuluh, penting untuk diingat bahawa persepsi individu terhadap "anak rezeki" dan "beban" boleh berbeza-beza dan dipengaruhi oleh nilai budaya, agama, dan perspektif peribadi mereka. Pemahaman tentang kedua-dua istilah ini juga boleh berubah dari semasa ke semasa berdasarkan pengalaman hidup dan prinsip yang dipegang oleh seseorang atau masyarakat. Setiap anak membawa tentangan dan keberkatan tersendiri. Meskipun membesarkan anak memerlukan pengorbanan, kehadiran mereka memberikan makna mendalam dalam kehidupan. Oleh karena itu, perlu adanya keseimbangan antara tanggung jawab sebagai ibu bapa dan kebahagiaan bersama anak-anak. Selain itu, penting untuk mengembangkan pemahaman bahwa setiap anak memiliki potensi dan sokongan yang unik dalam membentuk keluarga dan masyarakat. Kesimpulannya, dengan memperlakukan anak sebagai anugerah dan kesempatan untuk tumbuh bersama, keluarga dapat mengatasi tantangan dan menikmati kebahagiaan yang dibawa oleh kehadiran anak-anak.


Adleen Nuha adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.