Anak Robert Kuok Dilantik Sebagai CEO Shangri-La Asia, Terima Gaji RM312,000 Sebulan

LocalBusiness & Finance
18 Jul 2025 • 4:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kuok Hui Kwong, anak perempuan individu terkaya Malaysia iaitu Robert Kuok dilaporkan akan memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Shangri-La Asia bermula 1 Ogos ini.

Menurut laporan, beliau tidak lagi asing dalam Shangri-La Asia dan telah memegang jawatan Pengarah Eksekutif syarikat itu sejak Jun 2016, sebelum dilantik sebagai Pengerusi pada Januari 2017.

image is not available

Lim Beng Chee yang merupakan CEO sebelum ini telah pun bersara pada akhir tahun 2022 namun masih kekal dalam pengarah sebagai Pengarah Bukan Eksekutig.

Penyatuan peranan Pengerusi dan CEO di bawah kepimpinan Kuok (Hui Kwong) dijangka meningkatkan ‘kesepaduan strategik dan pelaksanaan operasi dengan memastikan visi yang bersatu dan konsisten di semua peringkat kepimpinan.

Hui Kwong, 47, juga dilaporkan akan menerima gaji asas bulanan sebanyak S$94,300 (kira-kira RM312,000), selain bonus berdasarkan prestasi dan manfaat pencen.

image is not available

Selain itu, beliau juga mempunyai pegangan saham langsung dan tidak langsung sebanyak 95.57 juta unit dalam Shangri-La Asia, bersamaan dengan 2.7 peratus daripada keseluruhan syarikat.

Sekadar info, Shangri-La Group, yang diasaskan oleh Robert Kuok pada tahun 1971 bermula dengan pembukaan Hotel Shangri-La di Singapura dan kini mengendalikan lebih 100 hotel.

image is not available 2025-07-18 11:03:57

[TERKINI] Wan Ahmad Farid Dilantik Sebagai Ketua Hakim Negara Baharu