Anak Saudara Enggan Teruskan Kes, Lelaki Bebas Pertuduhan Amang Seksual Di Sabah

22 Apr 2025 • 10:13 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kes Amang Seksual Terhenti: Keluarga Enggan Teruskan, Mahkamah Bebaskan Tertuduh

Anak Saudara Enggan Teruskan Kes, Lelaki Bebas Pertuduhan Amang Seksual Di Sabah. Seorang lelaki berusia 34 tahun telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mencabul anak saudaranya yang berumur sembilan tahun.

Keputusan ini dibuat selepas mangsa dan bapanya memutuskan untuk tidak meneruskan kes tersebut.

image is not available
Anak Saudara Enggan Teruskan Kes, Lelaki Bebas Pertuduhan Amang Seksual Di Sabah. Gambar hiasan.

Tiada Lagi Pendakwaan: Keluarga Putuskan Untuk Tidak Teruskan

Hakim Hurman Hussain membenarkan permohonan peguam tertuduh, Mohammad Syazwan, untuk melepaskan dan membebaskan (DNA – discharge and acquittal) anak guamnya setelah pihak keluarga menarik diri daripada meneruskan kes.

Menurut laporan media tempatan, lelaki itu sebelum ini didakwa atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Jika sabit kesalahan, beliau berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.

Kejadian didakwa berlaku pada Jun 2023 di sebuah rumah di Kampung Marakau, Ranau. Selepas pembebasan, mahkamah turut mengarahkan wang jaminan yang dibayar oleh tertuduh dikembalikan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved