Anak saudara Siti Nurhaliza harumkan nama Malaysia, rangkul pingat emas WCOPA

Music
6 Jul 2024 • 5:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak saudara Siti Nurhaliza harumkan nama Malaysia selepas berjaya melakar sejarahnya sendiri apabila merangkul pingat emas di 2024 Junior Champion Vocalist di pertandingan antarabangsa World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Los Angeles hari ini.

Pada pentas akhir, anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu mendedangkan lagu berjudul A Natural Woman, nyanyian asal Aretha Franklin.

@sitinursairahtarudin

Doa Kejuaraan Grand dan World Champion untuk @umairah Amin

♬ bunyi asal – sitisairahtarudin – sitisairahtarudin

Anak saudara Siti Nurhaliza harumkan nama Malaysia

Umai atau nama penuhnya Ummi Umairah Saiful Anuar, 13, berjaya menewaskan empat lagi finalis lain termasuk dari Emiriah Arab Bersatu dan Afrika Selatan.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Umai yang juga anak kepada penyanyi, Siti Saerah dilihat menerima hadiah berupa trofi di atas pentas.

“World Championship Performing Art Final. 2024 Junior Champion Vocal of The World.
“Kemenangan ini untuk korang semua. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat,”tulis Umai pada ruangan kapsyen hantaran di Instagram.

image is not available

Siti Nurhaliza bangga dengan pencapaian Umai

Kejayaan yang dikecapi oleh Umai itu turut dikongsi oleh Siti Nurhaliza yang berbangga melihat anak saudaranya berjaya membawa pulang pingat emas, sekali gus mengharumkan nama Malaysia.

“Alhamdullillah, tahniah Umai berjaya membawa pulang pingat emas dan harumkan nama negara,”tulisnya ringkas.

image is not available

Semua dah juara tapi Umai…

Sementara itu, Siti Sairah menjelaskan semua peserta yang layak ke peringkat akhir pertandingan tersebut adalah juara.

Namun, anak sulungnya itu meraih lagi kemenangan dalam kategori juara Junior Vocal WCOPA 2024.

image is not available

Terdahulu, pada saringan pertama Umai bersaing dalam lima kategori iaitu Kontemporari, Terbuka, R&B, World dan Variety sebelum berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir menerusi kategori R&B.

Dia kemudiannya mara ke peringkat akhir bagi kategori 13 hingga 15 tahun.

image is not available

Sekalung tahniah diucapkan buat Umai atas pencapaian merangkul pingat emas di World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat.

Moga Umai terus cemerlang dalam bidang nyanyian pada masa akan datang.