Tahniah! Anak saudara Siti Nurhaliza, Umairah raih emas, bakal ke peringkat akhir WCOPA di Amerika Syarikat

6 Jul 2024 • 3:28 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TAHNIAH diucapkan buat anak saudara penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Ummi Umairah Saiful Anuar yang merangkul pingat emas di World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat.

image is not available

Anak sulung penyanyi Siti Sairah Taruddin itu mara ke peringkat akhir bagi kategori 13 hingga 15 tahun menewaskan tiga peserta lain.

Umai yang menggayakan busana rekaan Razman Razmi mempertaruhkan lagu berjudul A Natural Woman nyanyian asal Aretha Franklin.

Menerusi persembahan tersebut, Umai berjaya meraih pingat emas bagi kategori vokal dan menewaskan empat lagi finalis termasuk dari Emiriah Arab Bersatu dan Afrika Selatan.

image is not available

Siti menyatakan rasa bangga melihat kejayaan yang diraih anak saudaranya itu.

Menerusi laman soial Instagam, Siti menitipkan tahniah buat Umai kerana berjaya membawa pulang pingat emas dan mengharumkan nama negara.

image is not available

Terdahulu, Siti Sairah memohon doa warga maya agar anaknya berjaya membawa pulang pingat buat Malaysia.

Tahniah Umai team SinarPlus!