“Anak Saya Mesti Bernama ‘Binti Zainal Abidin’, Kalau Tak Guna Maka Bukan Anak Saya” – Zainal Abidin

EntertainmentLifestyle
19 Jun 2025 • 11:04 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Gempak, penyanyi veteran iaitu Datuk Zainal Abidin tampil memperjelaskan kenyataan anak perempuannya, Timur Gabriel yang mendakwa penyanyi itu tidak berusaha untuk perbaiki hubungan mereka.

‘Hanya berbintikan Zainal Abidin saja layak jadi anak saya’

Kata Zainal Abidin, dia menganggap individu yang berbintikan namanya saja layak untuk menjadi darah dagingnya.

Dia boleh kata apa sahaja dia mahu. Namun bagi saya, anak saya mesti bernama ‘binti Zainal Abidin’. Kalau bukan menggunakan nama itu, maka bukanlah anak saya. Itu sahaja jawapan saya.

Namun begitu, penyanyi berusia 65 tahun itu menyatakan Timur berhak untuk berkata apa-apa tetapi dia lebih memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut.

Menurutnya, dia hanya selesa untuk berkongsi mengenai kerjaya seni berbanding menjaja kisah peribadi kepada umum.

Tak perlukan individu-individu negatif dalam hidup

Saya jaga hal ini sendiri. Tapi anda boleh lihat sendiri, walaupun saya tidak menjawab secara langsung, siapa sebenarnya yang lebih baik, siapa lebih berjaya.

Dalam pada masa yang sama, Zainal menegaskan dia tidak perlu seseorang seperti wanita tersebut disekelilingnya dan membiarkan mereka berkata apa saja kerana ia bukanlah kebenaran.

Siapa yang sedang berada di landasan betul. Saya bukan TikToker yang kejar duit. Bukan. Saya penyanyi. Saya anak seni. Dan saya berjaya.

image is not available 5 months ago

"Dia Cuma Tanya Adakah Saya Solat" - Tiada Usaha Nak Berbaik, Anak Dakwa Konflik Bersama Zainal Abidin Masih Berterusan