Anak saya tidak hidap kanser Sarkoma – Amyza Aznan

Health & Fitness
8 Aug 2026 • 2:50 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Anak saya tidak hidap kanser Sarkoma – Amyza Aznan

PETALING JAYA: Pelakon Amyza Aznan keliru apabila ujian yang dilakukan terhadap bengkak kaki anaknya, Adrian Adam tidak menunjukkan sebarang tanda kanser sarkoma atau tulang.

Dia yang menerima keputusan ujian berkenaan baru-baru ini berteka teki tentang kanser jenis apa yang dihidapi anaknya sehingga membuatkan bengkak di kaki Adrian tidak surut meskipun selepas rawatan.

“Keputusan ujian tidak menunjukkan kanser tulang, kami buntu, berteka teki mengenai kanser yang menyerang anak saya.

“Setiap kali rawatan, ada ketika dia menjadi lebih bengkak dan membesar. Kami benar-benar tidak pasti kanser apa yang menyerang,” katanya ketika sesi memperkenalkan 10 peserta Kilauan Emas Selebriti di Astro Bukit Jalil Baru-baru ini.

Amyza memaklumkan kini dia hanya berdoa, berusaha dan berserah kepada Allah dan mengharapkan keajaiban.

“Jadi apabila ditanya tentang perkembangannya, saya tak tahu nak menjawab macam mana. Kita hanya mengharapkan keajaiban,” ujarnya.

Mengulas tentang pembabitannya menerusi program Kilauan Emas Selebriti, Amyza memaklumkan keputusan untuk menyertai program itu dibuat selepas mendapat kebenaran daripada Adrian.

“Kalau ikutkan memang saya tak nak, saya cuma mahu fokus kepada Adrian kerana dia lebih memerlukan saya dan sayalah yang memantau rawatannya.

“Tapi dia benarkan saya sertai, mungkin disebabkan dari segi semangat, kerana terlalu lama, saya tidak membantu dia.

“Jadi dia benarkan saya keluar, menjana semula tenaga positif untuk dikongsikan bersama dia,” jelasnya.

Kata Amyza dia selepas ini perlu mengatur masa untuk mengimbangi pembabitan dalam Kilauan Emas dengan rawatan Adrian.

“Jadual rawatan Adrian terlalu padat, kadang ada masanya bercanggah dengan program ini. Mahu atau tidak saya kena atur masa saya sebaiknya,” katanya lagi.

Mengulas tentang imej berniqab, Amyza memaklumkan ianya dipakai atas kemahuan dan keputusan sendiri.

“Imej berniqab ini bukanlah perkara wajib bagi wanita, jadi saya boleh buka dan pakai bila-bila masa, mengikut keselesaan saya,” kongsinya lagi.-UTUSAN

The post Anak saya tidak hidap kanser Sarkoma – Amyza Aznan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved