Walau Hanya ‘One Tick’, Amyza Aznan Hantar Mesej Ke Nombor Arwah Anak Untuk Ubat Rindu

Family & ParentingLifestyle
5 Aug 2026 • 1:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 08 05T125717.790

Bintang program Kilauan Emas Selebriti, Amyza Aznan, mendedahkan bahawa beliau sehingga kini masih lagi menghantar pesanan ringkas ke nombor telefon bimbit arwah anak sulungnya, Andre Mikhail.

Menurut Amyza, biarpun sedar mesej berkenaan tidak akan sesekali dibalas, tindakan tersebut sedikit sebanyak membantu merawat rasa rindu yang teramat sangat terhadap arwah.

images 21

Mengulas lanjut, pelakon versatil ini memberitahu beliau tidak mempedulikan pandangan orang lain mengenai tindakannya itu.

“Sampai sekarang saya masih mesej dia. Saya akan terus mesej dia meskipun satu tick.

Sebab saya tahu walaupun sekarang double tick tiada siapa akan jawab. Tapi saya baik saja sebab itu sahaja cara saya luahkan rasa rindu,” katanya.

Tambah Amyza lagi, apa yang dilakukannya itu sekadar ikhtiar peribadi untuk melepaskan beban kerinduan yang bertandang.

“Itu sahaja menjadi penawar rindu. Saya tahu tak akan ada orang jawab tapi tak apalah. Tak kisah pun orang nak cakap saya gila ke apa, saya tak kisah,” ulasnya.

Rupanya Ramai Lakukan Perkara Sama

Menariknya, selepas berkongsi mengenai tabiat tersebut di platform media sosial, Amyza mendapati ramai dalam kalangan pengikut serta netizen yang turut melakukan tindakan serupa apabila kehilangan orang tersayang.

“Saya tahu bukan saya seorang saja buat macam tu. Kalau saya post ramai yang cakap mereka juga buat benda yang sama untuk mesej arwah suami, ibu bapa dan anak.

Sesiapa yang rasa kehilangan pasti akan buat benda yang sama,” tambah beliau.

Terdahulu, pemergian Andre Mikhail pada 23 Februari lalu akibat kanser paru-paru tahap tiga telah menyentuh hati ramai pihak. Arwah yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur itu telah disahkan menghidap penyakit berkenaan sejak Februari tahun lalu.

Dugaan hidup Amyza tidak berhenti di situ apabila anak keduanya, Adrian Adam Khairil Izhar, turut disahkan menghidap kanser tulang pada awal Februari lalu.

Sumber: Gempak

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved