“Anak soleh ni”- [VIDEO] Kanak-kanak Payungi Ibu Sedang Solat Dalam Hujan Buat Ramai Sebak

Entertainment
2 Apr 2023 • 4:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Anak soleh, itulah yang boleh dikatakan kepada seorang budak lelaki di Indonesia ini kerana dia tetap setia memayungkan seorang wanita yang dipercayai ibunya yang sedang menunaikan solat dalam hujan di perkarangan masjid.

Tindakan kanak-kanak itu telah dirakam oleh seorang individu yang kemudiannya memuat naik video itu di TikTok n0tyourhabibtii baru-baru ini.

Dalam video yang berdurasi selama 29 saat itu, dapat dilihat para jemaah sedang menunaikan solat di luar dalam keadaan hujan.

Namun, kanak-kanak lelaki itu tetap memayungkan ibunya yang sedang beribadat walaupun dia sendiri basah kuyup.

image is not available

Rata-rata warganet di TikTok juga mengtakan mereka sebak dan terharu melihat tindakan kanak-kanak itu kerana dia turut sama bangun dan duduk mengikut pergerakan solat ibunya agar payung yang dipegangnya tetap melindungi wanita itu daripada hujan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.