
Masihkah anda ingat mengenai kisah seorang penuntut Malaysia bernama Azhar Ali yang didakwa ‘kantoi’ menipu menerima biasiswa daripada NASA setelah menyertai satu pertandingan reka bentuk sut angkasa lepas. ‘Kejayaan’ Azhar itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Muhyiddin Yassin namun terbongkar setelah netizen mendapati ia adalah penipuan semata-mata.
Setelah diasak, Azhar kemudian menjelaskan bahawa dia telah ditipu oleh pihak tertentu dan memohon maaf selain berasa sedih kerana menjadi mangsa penipuan sehingga mencemarkan namanya sendiri.
Terbaru, nama Azhar kembali menjadi perhatian setelah netizen di aplikasi X cuba mencari di mana keberadaan lelaki itu setelah insiden memalukan itu terjadi.
Difahamkan, Azhar kini merupakan seorang peserta di bawah program Perdana untuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri di bawah YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sumber : Twitter

Sumber : Twitter

Sumber : Twitter
Namun, hasil siasatan netizen, mereka mendakwa terdapat beberapa perkara meragukan mengenai pencapaian Azhar dan turut menggesa agar lelaki itu memberikan penjelasan sewajarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa kredibiliti sesebuah kementerian seolah-olah tercalar dek kerana pelapis mereka ‘kantoi’ menipu dalam pencapaian dalam resume masing-masing.
Tak ada background check ke Tengku Zafrul?

Sumber : Twitter
Mungkin Azhar boleh jelaskan kekeliruan ini kan..
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
"Lepak Mamak? Perkara Itu Takkan Berlaku" - Rakan Artis Dedah Gaya Hidup Malique Too Phat, Akui Kini Lebih Terbuka Berbanding Dahulu #TriviaNara
The post “Anak ‘Somebody’ Ke?” – Jadi Perdana Fellow, Remaja Lelaki ‘Kantoi’ Menipu Kerja NASA Didakwa Ada Pencapaian ‘Meragukan’? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

