Anak Sudah Pulang Ke Pangkuan Keluarga, Ibu Aliff Aziz – “Dengan Setiap Kesulitan Pasti Ada Kemudahan”

Entertainment
18 Mar 2024 • 12:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dipercayai sudah pulang ke pangkuan keluarganya di Singapura selepas isu tangkap khalwat bersama pelakon wanita, Ruhainies baru-baru ini.

 

Ibu doakan

Menerusi Instagram story, ibunya, Hafiza Basharahi telah berkongsi satu video pendek memaparkan Aliff Aziz sedang duduk dipercayai selepas selesai solat jemaah bersama keluarganya.

Ketika video tersebut dirakam, Aliff sedang mengetuai bacaan doa dan berserta dengan foto itu, Fiza menulis,

Dengan setiap kesulitan pasti ada kemudahan.

image is not available

Terdahulu, beberapa perkongsian daripada Fiza selepas berlaku kes tangkap khalwat membabitkan anak lelakinya itu mencuri tumpuan ramai.

Salah satunya adalah pesanan atau luahan hati yang dimuat naik sebelum ini tentang mengingatkan seseorang untuk tidak berputus asa apabila diuji dengan masalah kerana Allah sentiasa ada.

image is not available 3 days ago

"Percaya Pada Allah, Lebih Baik Daripada Bersuara Untuk Dapatkan Validasi Manusia" - Ibu Aliff Aziz