
TAHNIAH diucapkan buat Da'i Syed dan isteri, Hana Ismail yang baharu mengumumkan berita kehamilan anak kedua mereka baru-baru ini.
Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 30, berkongsi foto keluarga kecilnya dan memohon dititipkan doa.
"Bismillahi masya-ALLAH. Doakan keluarga kecil kami," kongsinya.
Tidak mendedahkan usia kandungan, namun baby bump isterinya, Hana Ismail, 39, jelas kelihatan.
Warganet menitipkan ucapan tahniah buat pasangan itu dan mendoakan agar kehamilan serta kelahiran dipermudah.

Artikel penuh:
Pendakwah yang dicungkil menerusi program realiti agama, Da'i Pendakwah Nusantara musim keempat itu terdahulu dipenjara susulan kesalahan merogol seorang wanita lima tahun lalu sebelum dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada September 2024.
Sekadar info, Da'i Syed dan Hana bekahwin pada 3 Disember 2022 di Kuala Lumpur. Mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Sharifah Fatma Nour Jamalullail yang kini berusia 10 bulan.


