
Pulau Pinang digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita dan anak kecilnya yang sudah reput dalam sebuah unit pangsapuri di Jalan Bukit Gambir, Georgetown.
Lapor Harian Metro, kedua-duanya dipercayai telah meninggal dunia sejak lebih sebulan lalu tanpa sesiapa pun menyedarinya.
Difahamkan, wanita berusia 40 tahun itu tinggal bersama anak perempuannya berusia dua tahun selepas bercerai.
Mangsa bercerai, tiada pekerjaan, rumah bakal dilelong

Mangsa tinggal di rumah tersebut tanpa pekerjaan tetap, dan menurut adik mangsa yang mahu dikenali sebagai Nor, kali terakhir dia melihat kakaknya adalah pada hujung Mei lalu.
Kali terakhir saya jumpa kakak ialah pada hujung Mei lalu.
Jiran sangka sudah pindah rumah

Lebih menyedihkan, jiran-jiran di pangsapuri itu tidak pernah terfikir sesuatu yang buruk berlaku kerana menyangka wanita tersebut sudah berpindah.
Sebelum ini dia maklumkan mahu pindah dan pernah nampak dia bawa barang seperti mahu pindah. Dia mengaku rumah itu bakal dilelong dan mahu berpindah ke Seberang Perai, dan selepas itu kami sudah tidak nampak dia.
Polis menerima laporan mengenai bau busuk dari unit berkenaan pada jam 4.41 petang sebelum menghubungi bomba untuk memecahkan pintu rumah yang berkunci.
Sebaik membukanya, polis menemui mayat kedua-dua beranak yang sudah dalam keadaan reput.
Setakat ini, punca kematian masih dalam siasatan pihak polis dan identiti mangsa disahkan oleh ahli keluarga. Kes ini mengundang rasa pilu orang ramai yang tertanya-tanya bagaimana tragedi sebegini boleh berlaku tanpa disedari dalam tempoh yang lama.
Kredit: Harian Metro | Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.


