Anak Sulung Izinkan Inara Kahwin lagi, Tak Yakin Virgoun Mampu Urus Diri Sendiri

21 Aug 2023 • 11:50 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini, isteri kepada Virgoun iaitu Inara Rusli memaklumkan anak sulungnya, Starla Rhea Idola Virgoun memberi lampu hijau jika ibunya mahu berkahwin lagi.

Menurut Inara, anak kesayangannya itu mengetahui hubungannya dengan Virgoun apabila melihat mereka sudah tidak sebumbung.

“Saya pernah tanya Starla sekiranya saya atau Virgoun berkahwin lagi.

“Dia sudah sedia maklum tentang hubungan saya dengan Virgoun selepas bertanya kenapa kami sudah tidak bersama lagi. Dia pernah tanya saya dan Virgoun seudah berbaik atau belum… jadi dia tahu kalau ada sesuatu terjadi diantara kami,” katanya.

Bukan itu sahaja, Inara turut menjelaskan Starla hanya mahu dirinya bahagia sekiranya mendirikan rumah tangga sekali lagi namun, dia seakan tidak bersetuju jika Virgoun berkahwin.

“Kalau mummy lebih bahagia tiada apa, tapi kalau daddy boleh ke dia? Nak uruskan diri sendiri juga masih macam itu,” luahnya.

Sekadar info, Inara mendedahkan Virgoun telah menggunakan beberapa orang wanita untuk mendapatkan khidmat seks ternyata telah mengejutkan ramai.

Disebabkan terlalu malu dengan pendedahan yang dilakukan oleh Inara, Virgoun telah bertindak memfailkan penceraian di Pejabat Agama Jakarta Barat pada 5 Mei lalu.

Sumber: mStar

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved